Beberapa minggu lepas, kostum Iron Spider dari filem Avengers: Infinity War tertiris bakal tiba buat permainan Marvel’s Spider-Man. Kini, Sony dan Insomniac Game akhir mengumumkan secara rasmi bahawa kostum tersebut akan tiba buat permainan tersebut sebagai salah satu kostum tambahan bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut.

Dengan tibanya filem Avengers: Infinity War minggu ini, kostum ini sememangnya satu pernambahan khas buat mereka yang berminat dengan filem tersebut dan juga permainan Spider-Man.

Untuk mendapat kostum tersebut bersama kostum Spider-Punk yang diumumkan sebelum ini, pemain boleh mendapatkannya dengan membuat pra-tempahan permainan tersebut dimana pemain berupaya untuk memuat-turun pernambahan Spider Suit Pack.

Pernambahan tersebut akan menyertakan tiga kostum tambahan iaitu dua daripadanya Spider-Punk dan Iron Spider yang telah diumumkan. Manakala kostum ketiga akan diumumkan pada Julai kelak.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.

Sohor Kini