Informasi Permainan Video Terkini
Omensight Bakal Dilancarkan 15 Mei Ini – Video Bentuk Permainan Dipertontonkan
PC

Omensight Bakal Dilancarkan 15 Mei Ini – Video Bentuk Permainan Dipertontonkan

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Bulan lepas, Spearhead Games mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Omensight. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 15 Mei ini buat konsol Playstation 4 dan PC.

Melalui permainan Omensight, pemain akan mengawal seorang Harbinger, yang mana beliau adalah seorang pendekar yang kuat dan berada diluar kawasan masa. Pemain perlu mengembara dan menyelamatkan satu kawasan yang bernama Urralia daripada ia dimusnahkan.

Pemain juga berupaya untuk mengawal masa untuk melihat penceritaan melalui pelbagai perspektif. Pada masa yang sama permainan ini juga mempunyai bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan pedang dan juga magis.

Melalui video yang dipertonton, permainan tersebut tampaknya mempunyai pelbagai jenis tekaria yang akan memberi cabaran buat pemain. Dari segi pertempuran pula, ia mempunyai bentuk pertempuran yang ringkas namun pada masa yang sama padat. Pemain juga berupaya untuk menggunakan kuasa Omensight untuk pemain menyiasat di dalam penceritaan permainan tersebut.

Permainan tersebut juga tampaknya mempunyai suara latar dan penceritaan yang sangat padat. Bagi mereka yang meminati permainan berbentuk yang memfokuskan penceritaan, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan ini bermula 15 Mei ini.


TIPS & ULASAN