Informasi Permainan Video Terkini
Omensight – Permainan Terbaru Oleh Spearhead Games Bakal Tiba Di PC Dan Playstation 4
PC

Omensight – Permainan Terbaru Oleh Spearhead Games Bakal Tiba Di PC Dan Playstation 4

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan Stories: The Path Of Destinies, kini pembangun permainan tersebut Spearhead Games bakal melancarkan permainan seterusnya iaitu Omensight yang mana ia dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan PC.

Melalui permainan Omensight, pemain akan mengawal seorang Harbinger, yang mana beliau adalah seorang pendekar yang kuat dan berada diluar kawasan masa. Pemain perlu mengembara dan menyelamatkan satu kawasan yang bernama Urralia daripada ia dimusnahkan.

Pemain juga berupaya untuk mengawal masa untuk melihat penceritaan melalui pelbagai perspektif. Pada masa yang sama permainan ini juga mempunyai bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan pedang dan juga magis.

Buat masa ini, Spearhead Games masih belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun menurut mereka, ia akan dilancarkan pada tahun ini.