Skip to main content

Housemarque, sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka akan mengubah arah pembangun permainan mereka kini berkongsi permainan terbaru iaitu Stormdivers.

Menurut Housemarque, permainan tersebut akan memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan dibangunkan dengan menggunakan enjin permainan mereka, VFX Engine dan Unreal Engine 4. Dari bentuk infrastruktur pula, mereka akan menggunakan Game Tech dari Amazon.

Buat masa ini, Housemarque tidak berkongsi sebarang informasi tambahan. Namun, ini merupakan satu pengumuman yang menarik memandangkan studio pembangun permainan tersebut sebelum ini terkenal dengan permainan berbentuk arked. Dengan memfokuskan arah permainan yang baru, kami di Aksiz juga teruja untuk melihat hasil pembangunan permainan tersebut.

Leave a Reply