Skip to main content

Housemarque, pembangun permainan terkenal dengan permainan Resogun dan Nex Machina mengumumkan di blog rasmi mereka. Dengan bertajuk Arked Sudah ‘Mati’, Housemarque menyatakan bahawa mereka bakal mengubah arah pembangunan permainan selepas pelancaran permainan mereka iaitu Nex Machina dan Matterfall yang tidak mendapat sambutan ramai oleh pemain.

Walaupun kebanyakkan permainan daripada Housemarque sering disertakan bersama permainan percuma bulanan di Playstation Plus, namun ia tidak membantu dari segi keuntungan bagi pembangunan permainan tersebut. Mereka juga berasa permainan berciri arked seperti Nex Machina yang dilancarkan oleh mereka pada Jun lepas tidak mendapat sambutan yang luas kepada pemain sekarang.

Namun begitu, beliau menyatakan bahawa mereka bakal mengubah arah pembangunan permainan dengan memfokuskan bentuk permainan yang terbaru dengan memfokuskan bentuk permainan multi-pemain dan menghasilkan komuniti yang lebih bagus.

Kami di Aksiz mengucapkan selamat maju jaya buat Housemarque dan bagi anda yang berminat untuk mengetahui berkenaan permainan yang dilancarkan oleh Housemarque, Matterfall dan Nex Machina anda boleh melayarinya di Playstation Store dan Steam.

Leave a Reply