Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Trailer Terbaru Summer Lesson: Allison Snow

Bandai Namco Berkongsi Trailer Terbaru Summer Lesson: Allison Snow

Diterbitkan pada Apr 20, 2018 oleh .

Awal tahun ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan Summer Lesson: Allison Snow dan Chisato Shinjo akan dilancarkan buat pasaran Malaysia. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut.

Trailer tersebut mempertontonkan watak Allison Snow dimana beliau adalah seorang penyanyi dan pemain berupaya untuk menemani beliau di kawasan perkampungan Jepun sambil mengajar beliau. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu di antara bulan Jun sehingga September ini.

Summer Lesson merupakan siri permainan realiti-maya yang mana pemain berpeluang untuk menjadi guru sambilan bagi gadis-gadis tersebut dan mengajar mereka sebilangan mata pelajaran di sekolah. Menariknya ia merupakan permainan interaksi sosial yang memberi kesan dengan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain. Ia merupakan permainan esklusif di Playstation VR.


TIPS & ULASAN