Skip to main content

Pengarah Deadpool 2 dan Atomic Blonde David Leitch dilaporkan oleh Variety akan mengarah filem berdasarkan permainan video oleh Ubisoft iaitu The Division yang akan dibintangi oleh Jake Gyllenhaal and Jessica Chastain. Oleh kerana projek seterusnya untuk David Leitch adalah filem Fast and Furious, dijangkakan produksi filem ini akan bermula pada tahun 2019.

Beliau juga akan menjadi penerbit bersama dengan Kelly McCormick di bawah produksi 8711 bersama dengan Gyllenhall dan Riva Marker dari Nine Stories, Chastain dan Kelly Carmichael dari Freckle Film dan juga Ubisoft Motion Pitcures.

Permainan The Division adalah mengenai dunia di masa hadapan yang dijangkiti virus yang membunuh ramai penduduk bandar New York. Sekumpulan penduduk dilatih untuk menyelamatkan yang masih hidup. Permainan ini sangat adalah antara permainan yang sangat popular, berdasarkan laporan kami yang lepas jumlah pemain untuk The Division mencecah 20 juta pemain.

David Leitch merupakan antara pengarah yang semakin meningkat naik, dan kami semestinya tidak sabar untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai filem ini.

Leave a Reply