Ubisoft hari ini mengumumkan di akaun Twitter permainan The Division bahawa permainan tersebut kini mencapai 20 juta pemain sejak pelancarannya pada Mac 2016 lepas.

Menurut Ubisoft, jumlah pemain tersebut merupakan hasil permainan antara kesemua platform, iaitu Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Ini merupakan satu kejayaan yang besar buat Ubisoft dan pada masa yang sama mereka juga berkongsi statistik permainan tersebut di infografik yang diatas yang mana salah satunya nilai NPC yang telah dibunuh mencapai 66 bilion.

The Division merupakan permainan penembak pandang ketiga yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan daripada siri Tom Clancy’s yang memfokuskan multi-pemain. Ia dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2016 lepas dan mendapat pelbagai kandungan pertambahan sejak pelancarannya.

Sohor Kini