Jika sebelum ini Twitch mendapat hak rasmi untuk menyiarkan Kejohanan Overwatch League kini mereka menandatangani perjanjian dengan NBA 2K League untuk menyiarkan secara langsung sekurang-nya 199 perlawanan acara e-sukan tersebut.
NBA 2K League merupakan kejohanan yang dianjurkan bersama oleh NBA dan juga Take-Two Interactive iaitu penerbit permainan NBA 2K18 yang akan digunakan untuk kejohanan ini. Kejohanan ini diumumkan pada Februari tahun lepas dan akan melibatkan 17 pasukan yang dimiliki oleh pasukan NBA.
Liga kejohanan ini akan berlangsung selama 17 minggu bermula dengan perlawanan pertama akan bermula pada 11 dan 12 Mei 2018. Playoff akan dianjurkan pada 17 Ogos 2018 sebelum perlawanan akhir pada 25 Ogos 2018.
Dengan mendapat hak rasmi ini, Twitch sudah semestinya menjadi lebih tempat utama untuk menonton acara e-sukan.