Deck13 hari ini mengumumkan DLC “Cutting Edge Pack” buat permainan The Surge kini boleh dimuat-turun oleh pemain secara percuma.
DLC ini akan menyertakan tiga set senjata, kelengkapan dan Jumpsuits baru. Tiga jumpsuits tersebut adalah:
- The Angel : Memberi peningkatan kelajuan,kesan dan penjimatan tenaga buat pengguna.
- The Asclepius : Mempunyai kuasa agresif dan peningkatan nyawa buat pengguna
- The Nano Ward : Membenarkan letupan kuat buat pertahanan yang berjaya.
Berikut pula adalah senjata yang disertakan:
- The Experiment 44H : Dikenali sebagai Dark Star yang akan menghasilkan serangan kuat terhadap musuh
- The Engerhart : Senjata yang kuat yang mempunyai peningkatan teknologi dan kelajuan. Namun ia sangat panas dan tidak stabil.
- The Bion J-1: Dihasilkan sebagai kelengkapan penyembuhan buat pengguna
Namun begitu, untuk mendapatkan barangan ini, pemain perlu bertempur dengan enam musuh baru di kawasan Abandoned Production, Executive Forum dan Necleus untuk menyah-kunci barangan tersebut.
The Surge merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Deck13 Interactive dan dilancarkan oleh Focus Home Interactive. Ia dilancarkan pada Mei lepas di PC, Playstation 4 dan Xbox One. Permainan The Surge merupakan pengganti buat permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama iaitu The Lords Of The Fallen dan merupakan permainan yang diinspirasi daripada siri permainan Dark Souls. Focus Home Interactive juga sebelum ini mengumumkan permainan The Surge 2 yang bakal tiba pada tahun 2019.
Kini dengan pengumuman DLC tersebut juga, permainan tersebut boleh didapati dengan harga diskaun sehingga 60% di Steam. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Steam permainan tersebut dibawah.
[info] Steam : The Surge [/info]