Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Akan Melancarkan Novel Khas Sebagai Prekuel Permainan Marvel’s Spider-Man

Marvel Akan Melancarkan Novel Khas Sebagai Prekuel Permainan Marvel’s Spider-Man

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Insomniac Games dan Marvel hari ini mengumumkan bahawa mereka akan berkerjasama bersama Titan Books untuk melancarkan dua bukukhas yang akan berkaitan dengan permainan Marvel’s Spider-Man yang diumumkan sebelum ini.

Melalui dua buku tersebut, salah satunya adalah novel, Spider-Man: Hostile Takeover yang akan meletakkan sebagai prekuel buat permainan tersebut. Menurut Titan Book novel tersebut akan meletakkan pemain saat-saat sebelum permulaan permainan Marvel’s Spider-Man, malah novel tersebut akan menyertakan sebilangan rakan dan musuh Spider-Man ikonik termasuklah Shocker, Mary Jane Watson dan sebagainya.

Selain itu, Titan Book juga akan melancarkan buku karya seni Marvel’ Spider-Man: The Art of The Game yang mana ia akan menyertakan sebilangan hasil karya-karya seni yang dihasilkan oleh pembangun permainan ini.

Novel Spider-Man: Hostile Takeover akan dilancarkan pada 21 Ogos ini. Manakala buku karya seni Marvel’ Spider-Man: The Art of The Game pula akan dilancarkan pada 11 September.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.