Februari lepas, Capcom melancarkan watak DLC Blanka buat permainan Street Fighter V. Kini, tarikh pelancaran watak terbaru, Falke bagi musim ketiga permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu pada 24 April ini.

Falke merupakan klon daripada M. Bison yang mana beliau dieksperimen oleh Shadoloo dan dipaksa untuk berlatih setiap hari. Seperti M. Bison, Falke mempunyai kuasa Psycho Power dimana beliau berupaya untuk menggunakan kuasa tersebut bersama tongkat beliau. Falke juga akan mempunyai dua V-Trigger yang berbeza iaitu Staerken dan Psycho Angriff.

Seperti watak-watak sebelum ini, Falke juga akan disertakan bersama dua kostum berbeza iaitu kostum Story dan kostum Battle. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Falke ini, anda boleh dapatkannya melalui pas musim ketiga ataupun membelinya secara berasingan melalui DLC pernambahan bermula 24 April ini. Anda juga berupaya untuk membeli watak tersebut dengan menggunakan mata wang permainan Fight Money dengan nilai 100,000 Fight Money.

Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada 16 Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.

Sohor Kini