Capcom hari ini mengumumkan watak terbaru bagi DLC pernambahan musim ketiga bagi permainan Street Fighter V iaitu Blanka. Bagi mereka yang pernah bermain permainan perlawanan klasik Blanka, anda pasti akan merindui untuk menggunakan watak Blanka tersebut.
Dengan kemaskini terbaru Street Fighter V: Arcade Edition, seperti watak-watak yang lain, Blanka juga akan disertakan dengan dua kemahiran V-Trigger yang berbeza. Selain itu, serangan ikonik seperti serangan elektrik dan serangan gulung Blanka juga kembali. Pada masa yang sama, Capcom juga menyertakan sebilangan kostum tambahan bagi watak Blanka, bersama kostum rekaan klasik daripada Street Fighter II.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Blanka ini, ada boleh dapatkannya melalui pas musim ketiga ataupun membelinya secara berasingan melalui DLC pernambahan bermula 20 Februari ini. Blanka merupakan watak kedua bagi siri pas musim ketiga yang diumumkan Capcom bulan lepas selepas watak Sakura.
Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada 16 Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.