Selangor Cyber Games merupakan salah satu acara e-sukan yang diadakan oleh kerajaan negeri Selangor, dan ia dilihat akan diteruskan untuk tahun 2018 ini.
Bercakap mengenainya, Selangor Cyber Games 2018 dilihat akan kembali pada tahun ini pada bulan Ogos, dan mempertandingkan sejumlah permainan menarik melaluinya. Menariknya, acara e-sukan tahun ini tersebut kelak dijangka akan menawarkan hadiah yang lebih lumayan berbanding tahun 2017. Pada 2017, mereka telah menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000.
Disamping itu, pada tahun ini, acara tahunan berkenaan turut akan membuka penyertaan bagi membolehkan lebih ramai menyertainya dari seluruh pelusuk negara.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai acara ini dalam bulan-bulan akan datang ini.