Arena e-sukan tempatan sangat meriah akhir-akhir ini dengan penganjuran pelbagai pertandingan. Terkini, kerajaan Selangor turut telah mengumumkan Selangor Cyber Games 2017 yang bakal diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2017 ini.

Selangor Cyber Games 2017

Empat permainan dipertandingkan melalui Selangor Cyber Games, iaitu League of Legends, Dota 2, FIFA Online 3 dan juga Tekken 7. Setiap permainan menawarkan jumlah hadiah yang berbeza, dan paling tinggi adalah League of Legends dengan hadiah berjumlah RM80,000. Dota 2 pula menawarkan hadiah berjumlah RM50,000, sementara FIFA Online 3 dengan hadiah berjumlah RM30,000 dan Tekken 7 dengan hadiah berjumlah RM20,000.

Ini membawakan keseluruhan hadiah yang ditawarkan melalui Selangor Cyber Games 2017 adalah berjumlah RM180,000. Sejumlah pihak menaja acara kali ini, termasuk Digi, Lenovo, Intel, Logitech, dan ia diuruskan bersama dengan sokongan Garena, Mineski dan beberapa pihak lain.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran hari ini, dan menyertai perlawanan e-sukan ini di Paradigm Mall pada 12 dan 13 Ogos 2017 kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=KWo_MEl5xlE

Daftar : Selangor Cyber Games

Sohor Kini