Skip to main content

Boss Key merupakan pembangun Lawbreakers yang boleh dikatakan gagal kini mereka cuba pula di dalam genre battle royale apabila mengeluarkan Radical Heights secara akses awal di Steam. Walaupun masih baru memasuki dunia battle royale nampaknya mereka tidak menunggu masa yang lama untuk ‘bergaduh’ dengan permainan battle royale lain, kali ini Fortnite.

Melalui kuciran di akaun Twitter peribadi beliau, pengasas Boss Key Cliff Bleszinski meminta Epic Games iaitu pembangun Fortnite untuk berhenti daripada cubaan mengambil pekerjanya. Beliau juga mengatakan Radical Heights menggunakan Unreal Engine 4, yang merupakan enjin yang sama digunakan Fortnite.

https://twitter.com/therealcliffyb/status/984933986312114176

Buat masa ini Epic Games tidak memberi sebarang balasan untuk kenyataan daripada Cliff. Menjadikan ini lebih menarik Cliff Belszinski merupakan bekas pengarah kreatif di Epic Games sebelum berhenti dan membuka studio beliau sendiri iaitu Boss Key.

Sebelum mencetus kontroversi kami berharap Boss Key terlebih dahulu memfokuskan pembangunan Radical Heights kerana untuk setakat ini masih di peringkat akses awal yang sangat awal.

Leave a Reply