Informasi Permainan Video Terkini
Lawbreakers Gagal, Kini Tiba Radical Heights – Permainan Battle Royale Percuma
PC

Lawbreakers Gagal, Kini Tiba Radical Heights – Permainan Battle Royale Percuma

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Beberapa hari lepas, pembangun Lawbreaker Boss Key Production mengumumkan selepas kegagalan Lawbreaker kini mereka memfokuskan ke projek yang baru. Hari ini mereka mengumumkan Radical Heights sebagai permainan terbaru mereka.

Radical Heights merupakan permainan battle royale yang mengunakan 80an sebagai tema dan percuma untuk dimainkan. Jika sebelum ini Lawbreakers dikatakan kurang mendapat sambutan kerana Overwatch kini mereka akan bersaing dengan PUBG dan Fortnite.

Akan tetapi Radical Heights mempunyai kelainan kerana menggunakan mekanik wang. Selain mencari senjata dan pakaian, pemain juga boleh mendapatkan wang yang boleh digunakan untuk membeli barangan di dalam permainan. Wang tersebut juga boleh disimpan di dalam bank dan digunakan untuk pertempuran lain.

Anda boleh mencuba permainan ini bermula esok melalui akses awal di Steam. Jika sebelum ini Fornite yang kurang mendapat sambutan sehingga mengeluarkan mod battle royale adakah Boss Key Production akan mendapat kejayaan yang sama?

Steam: Radical Heights