Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Ages Kumpulan Permainan Klasik SEGA Akan Tiba Ke Switch Suku Ketiga 2018

SEGA Ages Kumpulan Permainan Klasik SEGA Akan Tiba Ke Switch Suku Ketiga 2018

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

Di acara SEGA Fes 2018 yang sedang berlangsung sekarang, SEGA mengumumkan Shenmue I dan II akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC tetapi tidak untuk Switch. Sebaliknya SEGA mengumumkan SEGA Ages iaitu kumpulan lebih 15 permainan klasik keluaran SEGA untuk Switch.

Buat masa ini SEGA hanya kongsikan tiga permainan yang akan disertakan di dalam Ages iaitu Sonic The Hedgehog, Thunder Force IV dan Phatasy Star. Permainan klasik Nintendo merupakan antara permainan popular di kalangan pemilik Switch jadi tidak musthail jika permainan klasik SEGA turut mendapat sambutan sama.

Buat masa ini tiada tarikh tetap dan senarai penuh permainan dikeluarkan akan tetapi kita semestinya akan menerima lebih maklumat sebelum permainan ini dikeluarkan pada suku ketiga 2018.


TIPS & ULASAN