Informasi Permainan Video Terkini
Metal Max Xeno Versi Global Diumumkan Secara Rasmi – Pra-Tempahan Edisi Terhad Bermula

Metal Max Xeno Versi Global Diumumkan Secara Rasmi – Pra-Tempahan Edisi Terhad Bermula

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Januari lepas, Kadokawa Games menyatakan bahawa permainan Metal Max Xeno akan dilancarkan secara global. Kini, mereka akhirnya berkongsi trailer pengumuman pertama bersama anggaran masa pelancaran.

Menurut Kadokawa Games, permainan tersebut akan dilancarkan oleh NIS America bagi versi global yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada musim luruh ini iaitu antara bulan September sehingga Disember. Namun, bagi pasaran Jepun ia akan dilancarkan pada 19 April ini buat Playstation 4 dan Playstation Vita.

Pada masa yang sama, NIS America juga mengumumkan edisi terhad bagi permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan seperti permainan itu sendiri, kotak khas, buku karya seni, pin besi dan muzik latar. Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melakukannya di laman rasmi permainan tersebut.

Metal Max Xeno merupakan permainan JRPG yang memfokuskan dunia pasca-apokaliptik dan kenderaan kereta kebal. Ia merupakan permainan ke-6 daripada siri Metal Max yang mana permainan pertamanya dilancarkan di Famicom pada 1991 lepas. Pelancaran Metal Max Xeno secara global juga merupakan permainan kedua siri Metal Max akan dilancarkan secara global dimana permainan akhir siri Metal Max yang dilancarkan secara global adalah Metal Saga di konsol Playstation 2 pada 2006 lepas.