Skip to main content

Tahun lepas, Kadokawa Games mengumumkan permainan Metal Max Xeno akan tiba buat konsol Playstation 4 dan Playstation Vita buat pasaran Jepun tahun ini. Kini, Kadokawa Games akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global.

Pelancaran ini juga merupakan permainan kedua siri Metal Max akan dilancarkan secara global dimana sebelum ini Metal Saga dilancarkan secara global di konsol Playstation 2 pada 2006 lepas.

Buat masa ini, Kadokawa Games masih belum mengumumkan sebarang informasi buat pasaran global. Namun, bagi pasaran Jepun ia akan dilancarkan pada 19 April ini buat Playstation 4 dan Playstation Vita.

Metal Max Xeno merupakan permainan JRPG yang memfokuskan dunia pasca-apokaliptik dan kenderaan kereta kebal. Ia merupakan permainan ke-6 daripada siri Metal Max yang mana permainan pertamanya dilancarkan di Famicom pada 1991 lepas.

Leave a Reply