Informasi Permainan Video Terkini
Sam Fisher Muncul Di Dalam DLC Special Operations 1 Untuk Ghost Recon Wildlands

Sam Fisher Muncul Di Dalam DLC Special Operations 1 Untuk Ghost Recon Wildlands

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Adakah anda merindui Sam Fisher? Sekiranya ya anda boleh mengubat rindu yang berbalam di dalam dengan memuat turun DLC Special Operation 1 untuk Ghost Recon Wildlands. Di dalam DLC ini akan boleh membantu Sam Fisher untuk menjalankan misi-misi baru bersama dengan pasukan Ghost. Misi ini hanya ditawarkan terhad sehingga 16 Mei.

Sekiranya misi berjaya dilengkapkan, pemain akan menerima beberapa kustomasi khas seperti pakaian, teropong NVG, senapang dan pisau kerambit yang digunakan oleh Sam Fisher. Kelas baru yang diberikan nama Echelon juga diperkenalkan dengan DLC ini. Berita paling besar mengenai DLC ini ialah kembalinya Michael Ironside sebagai suara Sam Fisher. Tanpa beliau, watak legenda ini tidak mempunyai impak yang sama.

Ubisoft turut akan membolehkan muat turun percuma Ghost Recon Wildlands dari 12 hingga 15 April ini sekiranya anda ingin mencuba sebelum membeli.