Lanjutan daripada pembubaran pasukan Fire Dragoon minggu lepas, bekas CEO pasukan tersebut, Fire Kam kini menubuhkan dan mengetuai organisasi e-sukan terbaru yang dinamakan FrostFire Sdn Bhd.
Menurut Fire Kam, walaupun beliau menghadapi sebilangan cabaran sepanjang beliau berada di industri ini selama dua tahun lepas, beliau percaya dengan pengalaman beliau sepanjang dua tahun bersama Fire Dragoon, beliau akan mencapai cita-cita beliau melalui FrostFire.
Franky How, iaitu pengurus pengarah daripada Brightstar Computers juga akan menyertai FrostFire sebagai pengarah dimana beliau juga menyatakan bahawa industri e-sukan semakin berkembang sekarang ini dengan pasaran yang semakin berpotensi.
Menurut FrostFire, mereka juga tidak akan mengehadkan permainan buat PC sahaja dimana kini permua(Permainan Mudah-Alih) juga mendapat sambutan ramai seperti Arena Of Valor dan Mobile Legends. Tambahan juga, pasukan pertama Arena Of Valor mereka juga berjaya mendapat tangga kedua tertinggi buat kejohanan Kuala Terengganu Youth BN Cup AOV.
Selain itu, mereka juga berminat dengan permainan seperti PUBG dan Fortnite yang semakin mendapat sambutan orang ramai termasuklah juga permainan konsol seperti Street Fighter V dan Tekken 7.
Walaupun begitu, kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat FrostFire Sdn Bhd dengan pernubuhan organisasi terbaru e-sukan mereka dan kami berharap pada masa akan datang, industri permainan video termasuklah e-sukan akan terus berkembang di Malaysia.