Informasi Permainan Video Terkini
Killing Floor: Incursion Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 1 Mei Ini

Killing Floor: Incursion Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 1 Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Tahun lepas, Tripwire Interactive mengumumkan permainan realiti-maya Killing Floor: Incursion bakal dilancarkan di Playstation VR. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 1 Mei ini.

Killing Floor: Incursion merupakan permainan kendiri yang dibangunkan oleh Tripwire Interactive. Permainan ini meletakkan di dalam dunia siri permainan Killing Floor dimana pemain perlu bertempur bersama sebilangan zombi-zombi untuk terus hidup.

Permainan ini sebelum ini dilancarkan di PC melalui Steam buat pengguna HTC Vive dan Oculus Rift. Kini bersempena dengan pelancarannya di konsol Playstation VR, Tripwire Interactive menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti mod peta kawasan The Crucible. Selain itu, bagi edisi Playstation VR juga, mereka akan menyertakan kesemua kandungan tambahan yang dilancarkan sebelum ini termasuklah tahap kesukaran Hardcore, senjata pedang Katana dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, pra-tempahan permainan realiti-maya ini akan bermula pada bulan ini dengan harga $29.99(~RM116).