Skip to main content

Killing Floor: Incursion merupakan permainan realiti-maya yang asalnya dilancarkan pada 15 November lepas di Oculus Rift dan HTC Vive. Kini, bersempena dengan acara Playstation Experience 2017 yang berlangsung hujung minggu lepas, Tripwire Interactive mengumumkan permainan tersebut akan tiba di Playstation VR.

Killing Floor: Incursion merupakan permainan kendiri yang dibangunkan oleh Tripwire Interactive. Permainan ini meletakkan di dalam dunia siri permainan Killing Floor dimana pemain perlu bertempur bersama sebilangan zombi-zombi untuk terus hidup.

Menurut Sony, permainan ini akan mengekalkan bentuk permainan asal bersama penyertaan kandungan khas “Battle the Zed Hordes” yang dibangunkan secara esklusif untuk Playstation VR. Permainan ini juga mempunyai penceritaan sehingga enam jam kandungan yang membawa pemain ke pelbagai kawasan dan pengalaman ngeri untuk bertempur dengan sebilangan zombi dan raksasa.

Buat masa ini, permainan ini dirancang untuk dilancarkan di Playstation VR pada tahun 2018 ini, namun bagi mereka yang mempunyai Oculus Rift ataupun HTC Vive, permainan ini sudah boleh dimainkan di Steam VR dengan harga RM65.

Leave a Reply