Square Enix melalui perbincangan id PAX East hari ini memperacahkan satu gambar yang memaparkan Shadow of the Tomb Raider akan tiba ke dalam permainan Final Fantasy XV akan tetapi tiada maklumat tambahan diberikan.
Ini bukanlah pertama kali Final Fantasy XV menerima kandungan daripada permainan lain, sebelum ini kandungan tambahan daripada Assassin’s Creed disertakan.
Oleh kerana tiada maklumat tambahan yang diberikan, kami tidak pasti jenis kandungan apa yang akan diberikan yang pasti sudah semestinya mempunyai kostum, tetapi watak utama Tomb Raider adalah Lara Croft dan Final Fantasy tidak mempunyai watak perempuan yang boleh digunakan.
Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penambahan kandungan ini, dan akan kemas kini kepada anda.