Ubisoft dan Square Enix hari ini membuat kejutan dan akhirnya mengumumkan secara rasmi kerjasama penawaran kandungan dari satu permainan ke permainan yang lain.

Melalui kerjasama baru ini, para pemain Final Fantasy 15 boleh memuat-turun dan memainkan permainan berkenaan dengan tema Assassin Creed ditawarkan.

Assassin’s Festival

Menurut Ubisoft, para pemain Final Fantasy 15 yang telah mendapatkan Dream Egg daripada Moogle Chocobo Carnival boleh mendapatkan kostum Assassin untuk Noctis pada 30 Ogos ini.

Sehari selepasnya, iaitu pada 31 Ogos 2017 kelak, Square Enix akan menawarkan DLC dinamakan Assassin’s Festival yang menawarkan perubahan kosmetik untuk bandar Lestallum di Final Fantasy 15, selain menambah sejumlah ciri-ciri, termasuk keupayaan untuk Noctis bergerak seumpama Assassin. Beberapa permainan berbentuk mini bertemakn Assassin turut akan ditawarkan melaluinya.

Assassin’s Festival ini akan ditawarkan daripada 31 Ogos 2017 sehingga 31 Januari 2018 kelak.

Sohor Kini