Pada awal tahun ini, kami ada berkongsi berkenaan kegagalan komersial permainan Lawbreakers yang dibangunkan oleh Boss Key Production. Kini, Boss Key Production mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memfokuskan projek yang baru.
Menurut mereka, kegagalan tersebut adalah akibat mereka tidak mendapat pemain yang mencukupi untuk menjana pendapatan buat permainan tersebut. Walaupun ramai peminat memohonkan permainan tersebut ke arah permainan percuma, namun Boss Key Production menyatakan bahawa pertukaran ke arah tersebut masih lagi memerlukan perancangan dan pendanaan yang tinggi sekaligus mereka tidak akan berbuat demikian.
Boss Key Production juga menyatakan bahawa akan terus menyokong permainan tersebut dalam keadaannya sekarang memandangkan mereka telahpun menghabis tiga dan setengah tahun untuk membangunkan permainan tersebut. Namun pada masa yang sama, mereka juga menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan sesuatu yang baru dan mereka juga akan mengumumkannya kelak.
Ini merupakan berita yang agak menyedihkan buat industri permainan video. Namun, sememangnya permainan Lawbreakers tidak mendapat sambutan sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian. Akan tetapi, kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Boss Key Production dan kami sendiri berminat untuk mengetahui projek seterusnya oleh mereka.