Baru-baru ini kami ada melaporkan permainan Crazy Justice yang mungkin akan menjadi permainan battle royale pertama yang akan dikeluarkan untuk Switch, hari ini Black Riddles Studios memperlihatkan permainan ini dimainkan secara splitscreen.

Video di atas menggunakan Switch tetapi splitscreen ini juga disokong konsol lain iaitu Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Splitscreen ini boleh dibahagi kepada 4 untuk mod penceritaan dan kepada 2 untuk mod multi-pemain.

Anda boleh pra-tempah permainan ini berdasarkan harga berikut $15/RM58 (PC, Switch) dan $25/RM96 (Playstation 4 dan Xbox One) dalam bentuk digital melalui laman Fig.

Pra-Tempah: Crazy Justice

Sohor Kini