Informasi Permainan Video Terkini
Video Crazy Justice Permainan Battle Royale Untuk Switch Diperlihatkan

Video Crazy Justice Permainan Battle Royale Untuk Switch Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Pada tahun lepas Black Riddles Studio melancarkan kempen biayasama(crowdfunding) untuk mengutip dana sebanyak $30,000 (RM116,000) bagi membantu pembangunan Crazy Justice iaitu permainan mod battle royale yang bakal dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Selepas kempen ini berakhir pada Oktober tahun lepas mereka berjaya mengutip sebanyak $51,288 (RM200,000). Minggu ini melalui video yang dimuat naik ke Youtube, mereka memperlihatkan permainan ini dimainkan di Switch secara mudah alih.

Berdasarkan grafik permainan ini jelas mengikut arahan seni Fortnite dan juga Borderland. Permainan ini dijangkakan akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini dan dikatakan akan mempunyai cross-play di antara PC, Xbox One dan Switch.

Crazy Justice akan menjadi permainan battle royale pertama dikeluarkan untuk Switch, melainkan Epic Games yang sebelum ini mengatakan berminat untuk mengeluarkan Fortnite untuk Switch mengeluarkannya terlebih dahulu.

Walaupun kempen biayasama sudah berakhir, anda masih menyumbang dalam bentuk pra-tempah permainan ini berdasarkan harga berikut $15/RM58 (PC, Switch) dan $25/RM96 (Playstation 4 dan Xbox One) dalam bentuk digital melalui lama Fig.

Pra-Tempah: Crazy Justice