Kami sebelum ini melaporkan yang pek DLC terbaru untuk Call of Duty: WWII iaitu The War Machine akan dikeluarkan pada 10 April untuk Playstation 4. Sempena pengeluaran ini Activision berkongsi trailer terbaru yang memperlihatkan penambahan yang ada melalui pek DLC ini yang boleh ditonton di bawah.
Melalui pek DLC ini pemain akan mendapat peta baru iaitu Dunkirk, makmal roket V2 Jerman, dan juga Egpyt dan dengan kerjasama bersama Raven Software, DLC ini juga menambah mod perang baru iaitu Operation Husky yang menambah teknik permainan baru iaitu pertempuran di udara dan juga penceritaan baru untuk mod Nazi Zombies.
Pemain yang memiliki pas semusim akan mendapat pek DLC ini dan jika anda ingin membelinya secara berasingan buat masa ini tidak disenaraikan lagi tetapi berdasarkan pek DLC sebelum ini harga untuk DLC ini adalah RM63.