Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi Grafik Detroit: Become Human Untuk PS4 Dan PS4 Pro Dikongsi – 30FPS Untuk Kedua-Dua Konsol

Spesifikasi Grafik Detroit: Become Human Untuk PS4 Dan PS4 Pro Dikongsi – 30FPS Untuk Kedua-Dua Konsol

Diterbitkan pada Apr 4, 2018 oleh .

Detroit: Become Human merupakan permainan terbaru dari Quantic Dream dan eksklusif untuk Playstation 4 yang akan dikeluarkan pada 25 Mei 2018. Melalui perkongsian di Game Developer Conference (GDC), Quantic Dream selain berkongsi mengenai teknologi baru untuk Detroit mereka juga menyatakan resolusi dan FPS untuk permainan ini di PS4 dan PS4 Pro.

Resolusi yang dikongsi kan oleh Quantic Dream untuk PS4 adalah  1080p 30FPS manakala untuk PS4 Pro 2160p 30FPS dengan penambahan dari segi kualiti grafik dan pencahayaan. Mungkin mereka menjangkakan ramai yang bertanya mengenai FPS iaitu sama untuk PS4 dan PS4 Pro, mereka menyatakan Detroit: Become Human bukan permainan aksi oleh itu mereka memfokuskan kualiti grafik berbanding FPS.

Detroit: Become Human merupakan permainan yang kami tidak sabar untuk bermain dan berharap kualiti grafik adalah seperti yang dinyatakan terutama kerana mereka mengorbankan FPS untuk mendapat grafik yang lebih baik. Adakah anda bersetuju untuk permainan seperti Detroit, kualiti grafik lebih penting berbanding FPS?


TIPS & ULASAN