Pada bulan lepas kami melaporkan Twitch mengumumkan program baru seakan PS Plus di mana pelanggan Twitch Prime akan mendapat sebilangan permainan percuma untuk PC.
Seperti diperkatakan sebelum ini permainan yang ditawarkan untuk bulan April adalah Tales from the Borderlands, SteamWorld Dig 2, Kingsway, Tokyo 42, Dubwars dan boleh dimuat-turun bermula 1 April 2018 sehingga 30 April 2018. Untuk memuat-turun permainan ini anda memerlukan aplikasi Twitch Desktop.
Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11). Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch dan juga dapat mengakses Twitch tanpa iklan. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.
[info]Langgan: Twitch Prime[/info]