Informasi Permainan Video Terkini
Pelanggan Twitch Prime Akan Mendapat Sebilangan Permainan PC Percuma Setiap Bulan
PC

Pelanggan Twitch Prime Akan Mendapat Sebilangan Permainan PC Percuma Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Twitch hari ini mengumumkan program Free Games with Prime iaitu program baru seakan PS Plus yang memberikan sebilangan permainan percuma setiap bulan untuk pelanggan Twitch Prime.

Pelanggan Twitch Prime boleh mula memuat turun permainan ini menggunakan aplikasi khas Twitch untuk PC pada 15 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Permainan yang akan diberikan percuma untuk bulan Mac adalah Superhot, Oxenfree, Mr Shifty, Shadow Tactics dan Tales from Candlekeep Tomb of Annihilation.

Manakala untuk bulan April berikut adalah senarai permainan yang diberi Tales from the Borderlands, SteamWorld Dig 2, Kingsway, Tokyo 42, Dubwars. Berbeza dengna PS Plus, pemain boleh menyimpan permainan ini walaupun bukan lagi pelanggan Twitch Prime.

Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11). Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch dan juga dapat mengakses Twitch tanpa iklan. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.

Twitch Prime: Langgan


TIPS & ULASAN