Informasi Permainan Video Terkini
Epic Berminat Mengeluarkan Fortnite Untuk Nintendo Switch

Epic Berminat Mengeluarkan Fortnite Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

Fortnite baru-baru ini mencapai 40 juta pemain dan 2 juta pemain serentak mungkin akan melebarkan lagi pengaruh mereka dengan mengeluarkan permainan ini untuk Nintendo Switch.

Menjawab persoalan di Twitter, Pengarah Kreatif Epic Games mengatakan mereka sangat berminat untuk mengeluarkan permainan ini di konsol hibrid ini.

Walaupun ini bukanlah jawapan rasmi dari Epic Games akan tetapi agak maakul untuk mereka mengeluarkan permainan ini di konsol Switch yang semakin diterima ramai.