Skip to main content

Pada minggu lepas kami melaporkan yang acara Uprising untuk Overwatch akan bermula pada 10 April 2018 dan hari ini Pengarah Overwatch Jeff Kaplan dan Ketua Jurutera Overwatch Tim Ford berkongsi lebih lanjut mengenai acara ini.

Melalui video Developer Update mereka mengatakan acara kali ini dipanggil sebagai Overwatch Archives dimana acara lama dapat dimainkan semula oleh pemain untuk kali ini mereka mengembalikan acara Uprising.

Dengan kata lain mod-mod permainan acara Uprising yang berlangsung tahun lepas akan kembali pada 10 April ini tanpa sebarang penambahan kecuali mod All Heroes. Jika sebelum ini mod permainan PvE pemain hanya boleh menggunakan watak Tracer, Mercy, Reinhardt dan Torbjorn melalui mod ini pemain boleh memilih kesemua watak yang ada.

Barangan kosmetik yang terdapat dalam kotak tikam juga akan mempunyai barangan dari tahun lepas dengan penambahan beberapa barangan baru. Kami berpendapat Overwatch Archives agak menarik akan tetapi oleh kerana acara Uprising baru sahaja dilangsungkan tahun lepas ia agak terlalu awal tetapi Overwatch baru sahaja dikeluarkan 2 tahun lepas, mungkin ia lebih menyeronokkan tahun-tahun akan datang.

Leave a Reply