Pada 5 Mac lepas acara Lunar New Year berlangsung yang mengadakan beberapa mod permainan baru dan juga rekaan baru untuk barangan kosmetik. Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Overwatch mereka mengumumkan acara Uprising akan bermula pada 10 April 2018.

Ini merupakan acara Uprising kedua selepas pada tahun lepas Overwatch turut menganjurkan acara sama pada bulan April. Uprising pada tahun lepas mempunyai mod permainan PVE dan mengikut penceritaan berdasarkan misi pertama watak Tracer. Untuk kali ini mod permainan sama akan dianjurkan dan berdasarkan King’s Row Uprising.

Melalui acara ini juga akan disertakan lebih 100 barangan kosmetik baru yang hanya boleh didapati melalui kotak tikam khas untuk acara ini. Kami semestinya tidak sabar untuk mencubanya, boleh dijadikan alasan untuk kembali bermain Overwatch.

Sohor Kini