Tahun lepas, Square-Enix mengumumkan permainan Dragon Quest Builders 2 yang mana ia bakal tiba buat konsol Playstation 4 dan Switch. Kini, Square-Enix akhirnya berkongsi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.
Seperti permainan Dragon Quest Builders sebelum ini, pemain berupaya untuk memilih dua watak antara watak perempuan dan watak lelaki.
Dragon Quest Builders 2 adalah permainan pengembaraan RPG seakan Minecraft dimana pemain berupaya untuk membina pelbagai kelengkapan dan segala dunia permainan tersebut terbentuk melalui bentuk kiub. Melalui permainan ini, pemain akan mengembara dan meningkatkan kemahiran pemain dan pemain perlu menyelamatkan dunia permainan tersebut daripada ditakhluk oleh dewa kemusnahan, Malroth.
Seperti permainan Dragon Quest Builders sebelum ini, selain daripada pengembaraan pemain di dunia permainan tersebut, permainan ini juga menyertakan satu pulau khas yang kosong dimana pemain berupaya untuk membina pangkalan pemain dan meletak pelbagai jenis barangan.
Namun buat masa ini, Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran buat permainan ini. Walaupun begitu, Square-Enix menyatakan bahawa permainan ini akan tiba di Switch dan Playstation 4.