Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest Builders 2 Diumumkan Oleh Square-Enix Untuk Playstation 4 Dan Nintendo Switch

Dragon Quest Builders 2 Diumumkan Oleh Square-Enix Untuk Playstation 4 Dan Nintendo Switch

Diterbitkan pada Ogos 7, 2017 oleh .

Sempena Dragon Quest Summer Festival 2017 pada penghujung minggu lepas, Square-Enix telah mengumumkan siri kedua untuk Dragon Quest Builders iaitu Dragon Quest Builders 2. Ia bakal dilancarkan untuk Playstation 4 dan juga Nintendo Switch.

Permainan Dragon Quest Builders merupakan permainan dunia-terbuka berformulakan seperti Minecraft, dimana pemain boleh membina pelbagai jenis bangunan berasaskan blok.

Square-Enix juga mengumumkan beberapa fungsi tambahan seperti mod multi-pemain sebanyak 4 pemain dan juga fungsi meluncur di udara seperti di permainan Legend Of The Zelda: Breath Of The Wild, sekaligus memudahkan lagi pengembaraan di kawasan permainan tersebut.

Masih tiada lagi tarikh pelancaran bagi permainan ini buat masa ini. Bagi peminat siri Dragon Quest, adakah anda pernah mencuba permainan Dragon Quest Builders? Adakah anda akan mendapatkan sekuel permainan tersebut?