Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Jualan Permainan Realiti-Maya Playstation VR Kini Berlangsung Di Playstation Store Sehingga 15 April

Promosi Jualan Permainan Realiti-Maya Playstation VR Kini Berlangsung Di Playstation Store Sehingga 15 April

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Selain daripada potongan harga set kepala realiti-maya Playstation VR minggu lepas, tampaknya bagi anda yang sudah membeli set kepala tersebut, anda kini berpeluang untuk membeli sebilangan permainan-permainan realiti-maya dengan harga yang murah.

Berikut adalah antara senarai permainan yang dijual dengan harga promosi:

  • Farpoint RM188.00 RM112.80
  • The Inpatient RM149.00 RM119.20
  • Skyrim VR RM229.00 RM160.30
  • No Heroes Allowed! VR RM119.00 RM95.20
  • Doom VFR RM129.00 RM90.30
  • Batman: Arkham VR RM110.00 RM44.00
  • Driveclub VR RM149.00 RM44.70
  • Ace Banana RM65.00 RM26.00
  • Eagle Flight RM170.00 RM102.00
  • Playstation VR World RM149.00 RM59.60
  • Star Trek: Bridge Crew RM219.00 RM131.40
  • Until Dawn: Rush Of Blood RM89.00 RM35.60

Terdapat pelbagai lagi permainan dan kandungan yang ditawarkan. Tambahan juga, bagi anda yang melanggani Playstation Plus, anda akan mendapat tambahan diskaun buat promosi permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli permainan-permainan realiti-maya buat Playstation VR bermula hari ini sehingga 15 April ini.

Promosi Jualan PSN: Permainan Playstation VR