Informasi Permainan Video Terkini
ARIKA Berkongsi Lagi Dua Watak Baru Buat Fighting EX Layer – Menyertakan Sanane Dan Hayate

ARIKA Berkongsi Lagi Dua Watak Baru Buat Fighting EX Layer – Menyertakan Sanane Dan Hayate

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

ARIKA, iaitu pembangun permainan Street Fighter EX, tahun lepas mengumumkan permainan perlawanan terbaru oleh mereka iaitu Fighting EX Layer buat konsol Playstation 4. Setelah sebilangan pengumuman watak-watak sebelum ini, kini ARIKA berkongsi dua lagi watak baru yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Dua watak yang diumumkan adalah Sanane dan Hayate. Sanane merupakan gadis yang mempunyai kemahiran bertempur dengan deria deja vu. Manakala Hayate pula adalah pengganti bagi Hayate Spirit dan beliau mempunyai pedang khas untuk bertempur.

Buat masa sekarang, terdapat 13 watak yang diumumkan buat permainan tersebut termasuklah 2 watak yang diumumkan oleh mereka diatas. Namun begitu, menurut CEO dan President AKIRA, Akira Nishitani menyatakan bahawa mereka berminat untuk menyertakan sebilangan watak tambahan lain sebagai watak pernambahan DLC. Namun, syarikat beliau menyatakan bahawa mereka perlu menjual dahulu permainan tersebut sebelum mengumumkan sebarang watak DLC.

Fighting EX Layer dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4 sebelum Jun ini menurut ARIKA. Namun, ARIKA juga menyatakan bahawa jika permainan tersebut mendapat sambutan ramai, mereka akan melancarkannya juga di PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN