Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Berkongsi Video Teknik Permainan Okami HD – Memperlihatkan Penggunaan Skrin Sentuh Switch

Capcom Berkongsi Video Teknik Permainan Okami HD – Memperlihatkan Penggunaan Skrin Sentuh Switch

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Okami HD merupakan keluaran yang ditambah-baikkan untuk permainan Okami dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan pada 9 Mac lepas semasa Nintendo Direct, Okami HD diumumkan untuk Nintendo Switch dan akan tiba pada suku ketiga tahun ini.

Nampaknya versi Switch bukanlah sekadar versi konsol lain yang dibawa tetapi juga mempunyai sokongan permainan yang berlainan seperti menggunakan skrin sentuh yang terdapat pada Switch. Perkara ini diperlihatkan melalui kuciran di akaun twitter Capcom.

Selain itu mereka juga menyatakan akan menyokong kawalan Gyro yang terdapat pada Joycon kemungkinan berfungsi seakan PS Move untuk Playstation.


TIPS & ULASAN