Sebelum ini kami melaporkan kemaskini untuk Rocket League yang akan dikeluarkan pada 3 April nanti selain menambah mod kejohanan ia turut memberikan penambah-baikkan dari segi grafik dan kelancaran permainan untuk versi Nintendo Switch

Hari ini Pysonix berkongsi maklumat tambahan untuk penambah-baikkan tersebut. Mereka akan memperkenalkan dua mod konfigurasi iaitu mod Performance dan mod Quality. Melalui konfigurasi Performance, resolusi yang akan digunakan adalah 1664×936 untuk di dok dan 1280×720 untuk mudah-alih dan kelancaran permainan adalah 60FPS.

Manakala untuk konfigurasi Quality, resolusi di dok adalah 1920×1080 dan untuk secara mudah alih 1280×720 tetapi kelancaran permainan diturunkan kepada 30FPS. Selain itu untuk konfigurasi ini mereka juga menambah penggunaan lensa yang lebih jelas, pencahayaan yang seimbang, bayangan visual yang lebih dinamik dan tahap kedalaman pada ruang visual menjadi lebih baik pada skrin.

Oleh itu, buat pengguna Switch nantikan kehadiran konfigurasi terbaru grafik permainan Rocket League ini pada konsol anda.

Sohor Kini