Informasi Permainan Video Terkini
Super Bomberman R Terjual Hampir 1 Juta Unit Seluruh Dunia

Super Bomberman R Terjual Hampir 1 Juta Unit Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Super Bomberman R merupakan permainan terbaru dari siri Bomberman dan dikeluarkan untuk Nintendo Switch sahaja pada Mac tahun lepas. Selepas setahun dikeluarkan Presiden Konami Shobo Hayagawa melalui satu temubual mengatakan permainan ini terjual hampir 1 juta unit seluruh dunia.

Menurut beliau kejayaan ini adalah disebabkan permainan terbaru untuk siri ini. Jumlah ini sudah semestinya akan bertambah apabila Super Bomberman R dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 Jun nanti.

Di pasaran Malaysia, Nintendo Switch dijual disertakan dengan dua permainan dan antara permainan yang diberikan adalah Super Bomberman R mungkin itu juga menjadi sebab hasil jualan yang memberangsangkan ini.