Informasi Permainan Video Terkini
Jurassic World Evolution Bakal Tiba 12 Jun Ini Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Jurassic World Evolution Bakal Tiba 12 Jun Ini Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Frontier Development akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Jurassic World Evolution iaitu pada 12 Jun ini dimana ia bakal tiba buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Pelancarannnya permainan tersebut juga tampaknya seiring dengan filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang akan ditayangkan pada seminggu sebelum pelancaran permainan tersebut iaitu pada 7 Jun.

Menurut Frontier Development, permainan tersebut akan dilancarkan secara digital dahulu manakala versi fizikal buat permainan tersebut akan dilancarkan pada 3 Julai buat konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk membina taman tema dinasaur Jurassic World dan pada masa yang sama mengendali taman tersebut. Dengan berbentuk permainan simulasi, pemain juga perlu mengkaji dinasaur baru dan memastikan keselamatan taman tema tersebut. Pada awal bulan ini, Frontier Development juga mengumumkan watak Dr. Ian Malcom dari filem tersebut juga bakal tiba di permainan tersebut sebagai pembantu pemain.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia sudah boleh dipra-tempah di laman rasmi permainan tersebut bermula dengan harga RM215 bagi PC melalui Steam.

Pra-Tempah: Jurassic World Evolution


TIPS & ULASAN