Informasi Permainan Video Terkini
adidas X Memenangi EA Champions Cup Summer 2017

adidas X Memenangi EA Champions Cup Summer 2017

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Minggu lepas kami berkongsi berkenaan 3 pemain dari Malaysia ke China untuk menghadiri pertandingan antarabangsa EACC 2017 untuk permainan FIFA Sport Online 3. Dukacitanya, SAM Elites, pemain mewakili Malaysia dan Singapura, tidak berjaya menewaskan adidas NEMEZIZ, dari Korea ketika perlawanan suku akhir Best-Of-3.

Sebanyak 12 kumpulan yang bertanding daripada seluruh dunia untuk EACC Summer 2017 di Guangzhou, China. SAM Elites berjaya mendapat tempat kedua untuk perlawanan perkumpulan dengan 3 kemenangan, 3 seri dan 3 kekalahan. Walaubagaimana pun, adidas X mewakili Korea Selatan, berjaya memegang pemenang akhir bagi pertandingan EA Champions Cup Summer 2017 (EACC) untuk permainan FIFA Online 3 dengan mengalahkan kumpulan TNP dari Thailand dengan jaringan 3-1.

Syed Nazirul Nazrin, Ketua untuk E-Sukan FIFA Online 3 Malaysia menyatakan “Kami amat berbangga dengan SAM Elites dengan usaha mereka untuk keseluruh pertandingan. Mereka berjaya membuat kami berbangga dengan berjaya ke suku akhir walaupun ditewaskan oleh adidas NEMEZIZ. Kami juga berasa sangat hebat apabila pemain FIFA Online 3 Malaysia dan Singapura berjaya ke pertandingan antarabangsa dan menunjukkan potensi yang besar untuk e-Sukan tempatan.”

J0K3R, kapten bersama RippedJeannn SAM Elites juga menyatakan “Kami sangat berterima kasih dengan sokongon dari peminat dan penyokong. Kami mencuba dengan baik dan kami akan pulang tanpa sebarang penyesalan. Kami pasti akan kembali dengan lebih kuat untuk masa akan datang”

Bagi anda yang berminat untuk menonton siarang langsung perlawanan SAM Elites antara, anda boleh menontonnya dibawah. Bagi perlawanan yang lain, anda boleh ke laman facebook rasmi Harimau Malaya Dot Com.

EA Champions Cup 4th Match (Day 1, Group Stages)

FIFA Online 3 EA Champions Cup 2017 SummerJom sokong #SAMElites wakil-wakil Malaysia & Singapura ke EACC di Guangzhou, China!Untuk info lanjut tentang: http://fo3.garena.com/news/eacc2017-player-draftsGroup Stage Match 4: SAM Elites (MY&SG) vs DFB (CN)Player Lineup:1: Ajim "zfeedmemore" Hakim2: SynCxJaron3: Darren 'RippedJeannn" Gan#GOFORGOLD #GOSAMELITES

Posted by HarimauMalaya on 20hb Julai 2017

Laman Facebook Rasmi Harimau Malaya Dot Com