Skip to main content

Buat pertama kalinya, EA Champions Cup (EACC), pertandingan kompetitif untuk EA SPORTS™ FIFA ONLINE 3 akan disertai oleh SAM Elites, empat pemain berkumpulan dari Malaysia dan Singapura.

Ahli SAM Elites iaitu Aaron ‘FlashJ0K3R’ Gomez, Darren ‘FlashRJ’ Gan, Ajim ‘zFeedMeMore’ Hakim dan Jaron ‘SyncxJaron’ Lim akan berada di Poly World Trade Center Expo di Guangzhou, China pada 21 hingga 23 Julai ini. Sebanyak 12 kumpulan akan bertanding untuk memenangi hadiah berjumlah $330,000 di EACC Summer 2017. Garena akan mewakili kumpulan dari Asia Tenggara seperti TNP (Thailand), Vietnam Dragons (Vietnam, Indonesia MVP (Indonesia) dan SAM Elites (Singapore & Malaysia). Sebagai tuan rumah, China akan diwakili oleh FSL, EMU, DFB dan Glory MU dimana Korea akan diwakili oleh adidas NEMEZIZ, adidas ACE dan adidas X. EA Sports juga menjemput kumpulan United Console yang merangkumi pemain Eropah FIFA 17 dari Perancis, Sweden dan Ukraine.

Chun Jan Bong, Garena eSports Associate, menyatakan kempen musim panas akan datang bakal menjadi satu lambang kesatuan antara Singapura dan Malaysia untuk EA SPORTS™ FIFA ONLINE 3. Beliau juga menyatakan “Di server Singapura dan Malaysia (SAM), sering terdapat semangat persaingan sihat antara dua negara tersebut dan selalu bekerjasama untuk mengadakan pertandingan dan program-program kolaborasi. Pembentukkan SAM Elites menandakan peristiwa penting dan kami teruja untuk menonton pemain profesional bertanding dan kesatuan komuniti”

FIFA Online 3 adalah pemainan suka bola sepak atas talian, juga sebahagian francais EA SPORTS FIFA, salah satu permainan sukan yang terkenal di seluruh dunia. FIFA Online 3 adalah permainan percuma untuk dimain dan mengandungi 16,622 pemain bola sepak dari 33 liga dan 45 pasukan nasional.

Bagi anda yang berminat untuk menonton tayangan pertandingan EACC, anda boleh menontonnya di laman rasmi Facebook FIFA Online 3 pada 21 hingga 23 Julai ini.

[info] Laman Rasmi Facebook : FIFA Online 3 [/info]

Leave a Reply