Informasi Permainan Video Terkini
Go 4 The Kill – Mod CS:GO Daripada Peminat Dengan Ciri Permainan Battle Royale
PC

Go 4 The Kill – Mod CS:GO Daripada Peminat Dengan Ciri Permainan Battle Royale

Diterbitkan pada Dis 28, 2017 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan Counter-Strike, mungkin anda sedia maklum dengan komunitinya yang sangat luas, serta pelbagai jenis mod berbeza yang dibangunkan peminat.

Dengan populariti permainan berbentuk Battle Royale, ia turut menjadi salah satu mod yang dibangunkan oleh peminat melalui Go 4 The Kill.

Go 4 The Kill menawarkan permainan seumpama PUBG, membolehkan anda bermain dengan 20-49 pemain lain dalam satu peta kawasan – dan menjadi pemain terakhir yang kekal hidup.

Beberapa perubahan ditambah termasuk untuk mengambil senjata dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati permainan Counter-Strike, mungkin boleh mencuba mod ini. Selain daripada mod yang dibangunkan peminat ini, beberapa desas-desus turut mengatakan Valve sedang membangunkan mod Battle Royale untuk permainan tembak-menembak popular berkenaan.

Layari : Go 4 The Kill