Permainan berbentuk Battle Royale semakin popular pada tahun ini, dan diterajui oleh permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Sejak daripadanya, pelbagai permainan lain turut telah menambah ciri lebih kurang sama.
Kini, hadir desas-desus baru mengatakan permainan milik Valve, iaitu Counter-Strike turut akan menambah ciri lebih kurang sama melalui CS:GO. Ia dikatakan bakal dikenali dengan nama mod Survival.
Desas-desus baru ini hadir daripada pengamatan Valve News Network pada pelbagai kemaskini dan patch baru yang ditawarkan untuk CS:Go – memperlihatkan ciri Battle Royale mungkin diperkenalkan. Malah, ia turut memperlihatkan sebutan survival_island – yang mana mungkin peta untuk mod baru kelak.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia mungkin sekadar patch biasa sahaja, dan tiada perancangan untuk pengenalan mod berkenaan pada CS:GO.
Bagi anda sendiri yang aktif memainkan permainan CS:GO, adakah anda ingin melihat mod seumpama PUBG?