Skip to main content

Permainan video yang paling popular tahun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Playerunknown’s Battlegrounds. Sejak dilancarkan di Steam pada Mac yang lalu, ia mendapat sambutan luar biasa dan mempopularkan genre baru Battle Royale. Kini hampir semua permainan video ingin mempunyai mod battle royale mereka sendiri seperti Fortnite.

PUBG Corp hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa permainan mereka kini mempunyai 30 juta pemain di platform PC dan Xbox. Ini adalah angka yang amat menakjubkan bagi sebuah permainan yang hanya dilancarkan secara rasmi (versi 1.0) semalam dan masih lagi di peringkat akses awal di Xbox.

Yang pasti di pejabat Aksiz, setiap hari kami akan terjun ke dunia PUBG kerana ialah cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan selepas bekerja keras sepanjang hari. Tahniah kepada PUBG dan semoga mereka akan lebih kerap menikmati sajian ayam ketika makan malam.

Leave a Reply