Informasi Permainan Video Terkini
PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) 1.0 Sedia Dimuat-Turun
PC

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) 1.0 Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Setelah sekian lama dibawah program Early Access di Steam, kini pihak pembangun PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah pun menerbitkan versi 1.0 permainan berkenaan untuk pengguna PC.

Melalui PUBG 1.0, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk antaranya adalah sokongan Deathcam, sokongan memainkan kembali (Replay), rekaan antaramuka lobi yang dikemaskini, penambahan peta Miramar, penambahan senjata dan kenderaan, serta beberapa yang lain.

PUBG 1.0

Bentuk permainan juga sedikit berbeza, dan memberikan kesan berbeza mengikut keadaan ditembak dan sebagainya.

PUBG 1.0 juga membawakan sedikit perbezaan pada muzik lobi, dan perubahan pada beberapa audio yang lain.

Bagi anda yang memainkan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds, anda boleh memuat-turun versi 1.0 hari ini, dan memainkan semua ciri-ciri baru ini.

Muat-Turun : PUBG di Steam


TIPS & ULASAN